Assalamualaikum semua. Idea untuk mewujudkan laman web ini adalah dari Pengerusi Penaja Alumni Haji Mohd Hasnizam Haji Musa dan Haji Hasni Hassan.yang berhasrat untuk memastikan ikatan ukhuwwah antara bekas pelajar dari university-universiti di Jordan khususnya dari Negeri Pahang ini berkekalan .
Selama berada di Negara Jordan kebanyakan daripada kita boleh bersatu dan bekerjasama bagi mengeratkan ukhuwwah dengan berbagai program dan aktiviti, maka sebaiknya setelah pulang ke kampong halaman masing-masing ukhuwwah itu terus terjalin dan di antara kita mengetahui keadaan dan perihal sahabat-sahabat tanpa terputus hubungan.
Setelah 3 kali perhimpunan dan semuanya adalah perhimpunan sempena hari raya, maka pada perhimpunan ketiga pada 23 November 2008 dengan kehadiran mentor-mentor seperti Saudara Hasni, Khusairi (poktan), Azlan , Humamuddin, YB kita YB Mohd Jauhari Hussein (JJ, support jamuan makan)Mat Nijam ( Jawa) dan lain2. (yang tak disebut tu jangan terasa lak ye) terasalah pula nak mem’publish’ satu blog untuk kita bertukar cerita dan menyampaikan berita kepada sahabat-sahabat.
Buat permulaan ini bolehlah sahabat-sahabat memberikan sedikit sebanyak komen bukan kutukan untuk memperbaiki dan menambah lagi apa keperluan yang dirasakan patut dimasukkan ke dalam blog ini melalui ruangan komen. Hanya komen yang disertakan dengan nama penuh atau samaran yang dikenali sahaja yang akan dilayan dan nombor ahli BKMPJ sekali ye.(Aku punya ada simpan lagi ke?).
Kepada yang tidak hadir pada perjumpaan di Kuantan pada 28/11/08 dan yang tidak memberikan maklumat nama dan alamat terkini serta telefon bolehlah meng’SMS’kan maklumat untuk dimasukkan ke dalam blog ini. Senang kawan-kawan nak ziarah dan hantar surat jemputan kahwin. SMS boleh ditujukan kepada no 0139848659 atau terus menghantar maklumat tersebut ke dalam ruangan komen pada tab “Info Sahabat”.
Sekian. Selamat ber’blog’.
Webmaster.
Selinsing, Perak.
7 Disember 2008/9 Zulhijjah 1429